Thursday, February 10, 2011

Kejora Dan Bintang

Kejora lakonan (Alyssa Soebandon)berumur 19 tahun ialah gadis yang cantik, ceria , optimis dan kaya raya. Kejora belajar di Melbourne Australia. Ayang Kejora iaitu Pak Ryan seorang ahli pernigaan yang ternama di Jakarta. Ibunya dah meninggal. Kejora ada adik perempuan bernama Bintang(Amanda), 15 tahun yang menderita sakit autis tapi pandai  main piano. Bapa mereka berkahwin lagi dgn janda branak satu,  bernama Janet.
Kejora pulang dari luar negeri, di lapangan terbang dia telah tertukar beg dengan Erlangga (Baim Wong) seorang cucu dari keluarga yang kaya raya jugak, tapi Erlangga ni sombong dan keras kepala serta manja. Erlangga jugak kekasih kepada saudara tiri Kejora yg bernama Janet td.
Dalam cerita ni nanti Kejora dan Erlanga akan selalu berselisih faham dan mereka saling benci membnci kerana sikap Erlangga yang sombong.
Kejora ni pulak sudah ada kekasih, kerana Kejora ni cantik, maka dia jugak jadi rebutan lelaki.
Bapa Kejora yang menghadapi masalah dalam pernigaan berpura pura meninggal dunia bagi mendapatkan duit insuran yang banyak. Setelah bapa mereka “mati” ibu tiri mereka telah mengusir Kejora dan Bintang. Kekasih Kejora pun tinggalkan dia setelah dia jadi miskin. Kejora bekerja di cafe untuk menyara hidup. Manakala Bintang pulak diculik oleh ibu tirinya yang jahat.
Kejora yang berusaha mencari adiknya Bintang, hubungan Kejora dan Erlangga jadi rapat, dan Erlangga mula simpati dan jatuh cinta dengan Kejora. Fitra ialah lelaki yang jatuh cinta dengan Kejora dan banyak  tolong Kejora  yg dalam kesuahan,  jadi Kejora menjadi rebutan dua lelaki, adakah Kejora akan memilih Erlangga yg sombong atau Fitra?

No comments:

Post a Comment