Thursday, February 10, 2011

Sakti Delima

Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.
Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.
Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.
Iqram Dinzly  jadi Putera Bunian bernama Nurfirdaus yang ada kuasa sakti. Dia disumpah dan dibuang ke bumi, lalu dia bertemu dengan seorang gadis jelita, iaitu Siti Melur , manusia biasa lalu jatuh cinta..

No comments:

Post a Comment